SEDERAP KE ARAH PENCAPAIAN JUARA......
YAKIN BOLEH!
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencaoai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
TERAS PERKHIDMATAN
ü Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
ü Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
ü Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
ü Berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan.
ü Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara.
ü Bekerjasama dengan membanteras kelemahan dan musuh Negara.
ü Berpegang teguh dengan ajaran agama.
ETIKA KERJA ISLAM
ü Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.
ü Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
ü Bekerja dengan tekun dan cekap.
ü Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran.
ü Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.
MOTO SEKOLAH
BERILMU BERWAWASAN
MISI SEKOLAH
Menjadi sebuah institusi yang mampu menbentuk insan berbudaya ilmu serta mempunyai daya ketahanan tinggi, seimbang, berhemah dan harmonis melalui:
1. Pengurusan pendidikan yang berkesan dan sistematik.
2. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondisif.
3. Penerapan nilai-nilai murni.
4. Persefahaman, perpaduan dan semangat kental serta kerjasama erat di kalangan warga sekolah.
5. Keinsafan dan kesedaran ilmu sebagai penjana kehidupan.
PIAGAM SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan:
1. Setiap murid dapat menguasai kemahiran 3M diakhir persekolahan rendah.
2. Semua murid melibatkan diri dalam bidang kokurikulum.
3. Semua pendidik bermotivasi dan berinovatif.
4. Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid.
5. Melahirkan warga sekolah yang penyanyang.
6. Mewujudkan persekitaran sekolah yang aman dan tenang.
7. Melahirkan generasi yang soleh, taat, bertanggungjawab kepada agama, ibu bapa, guru dan masyarakat.
8. Gigih berusaha mencapai kecemerlangan dalam aspek pendidikan.
PENGURUSAN & PENTADBIRAN SEKOLAH
GURU BESAR : Pn. Noraini Bt. Jaafar
P. KANAN 1 : Pn. Delly Rosyyta Bt. Ahmad
P. KANAN HEM : Pn. Rokiah Bt. Din
P. KANAN KK : En. Nasri B. Baharom
PENYELIA PTG : En. Azizan B. Saari